...

3M dalam Marketing

Apabila kita ingin menjual produk, menawarkan perkhidmatan, atau memulakan perniagaan apa sahaja, kita perlu mahir dengan konsep 3M dalam Marketing.

Apa itu 3M dalam pemasaran?

Market (Pasaran)
Message (Mesej)
Medium

Bagaimana untuk mengenal pasti Market?

Untuk memahami market, kita perlu benar-benar faham dua perkara penting ini:

Pengetahuan Produk

Pengetahuan tentang produk bermaksud kita perlu tahu penyelesaian yang produk kita boleh berikan.

Dari penyelesaian ini, kita akan mencari orang yang mempunyai masalah yang produk kita boleh atasi.

Kita sebenarnya bukan menjual produk, tetapi kita menjual penyelesaian kepada masalah.

Sebagai contoh, produk untuk menurunkan berat badan. Katakan kos produk adalah RM20.

Berapakah harga jualan yang sesuai?

Harga jual ini bergantung kepada berapa besar nilai masalah yang kita selesaikan.

Jika masalah yang diselesaikan bernilai tinggi, maka harga produk juga boleh menjadi tinggi kerana kita bukan sekadar menjual produk, tetapi menjual penyelesaian kepada masalah tersebut.

Avatar Pelanggan

Selepas kita tahu penyelesaian yang ditawarkan oleh produk kita, langkah seterusnya adalah mencari individu yang menghadapi masalah tersebut.

Contohnya, masalah berat badan.

Walaupun ramai orang mengalami masalah berat badan, tidak semua orang yang ada masalah ini adalah pelanggan yang sesuai.

Sebagai contoh, jika kita cuba menjual kepada seseorang yang berpendapatan RM1500 sebulan dan mempunyai tanggungan yang besar, mungkin mereka tidak mampu membeli produk kita. Jadi, kita perlu mencari mereka yang berkemampuan untuk membeli.

Di sinilah kemahiran kita diuji. Setelah mengenal pasti siapa yang berpotensi untuk membeli, kita perlu menyelidik gaya hidup mereka:

  • Apa yang mereka lakukan setiap hari?
  • Apakah impian mereka yang terganggu akibat masalah seperti masalah berat badan ini?
  • Apakah aktiviti mereka yang terjejas kerana masalah tersebut?

Dari maklumat ini, kita boleh mencipta sudut pandangan (create angle) yang akan meyakinkan mereka untuk menggunakan produk kita.

Menghantar Mesej yang Tepat

Selepas memahami pelanggan dengan mendalam, kita akan lebih mudah untuk menulis mesej yang tepat untuk mereka.

Ramai orang membuat kesilapan dengan menulis mesej yang tidak relevan kepada pasaran mereka, dan kemudian menyalahkan iklan atau platform seperti Facebook kerana kononnya tidak berkesan.

Sebenarnya, masalahnya ialah mereka tidak benar-benar memahami pelanggan mereka sehingga mesej yang ditulis tidak menarik perhatian avatar yang betul.

Kita perlu kenal pelanggan luar dan dalam, tahu apa yang mereka sembangkan, fikirkan, dan rasakan.

Bagaimana untuk mendapatkan mesej yang tepat?

Kita perlu menghasilkan banyak mesej.

Cadangannya adalah untuk membuat 30 iklan pada percubaan pertama. Selepas itu, buat lagi 30 iklan untuk percubaan kedua.

Dari situ, kita boleh mengenal pasti mesej mana yang paling resonate dengan pelanggan.

Medium

Medium merujuk kepada saluran atau platform yang kita gunakan untuk menyampaikan mesej kita. Contohnya, Facebook Ads, TikTok Live, Reels, Shorts, dan lain-lain.

Setiap medium mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza untuk menyampaikan mesej. Ini kerana tingkah laku pengguna di setiap medium mungkin berbeza walaupun mereka adalah orang yang sama.

Jadi, kita perlu menyesuaikan mesej kita mengikut medium yang digunakan.

Kesimpulan

3M iaitu Market, Message dan Medium adalah asas yang sangat penting dalam pemasaran, namun ramai orang tidak memberi perhatian yang cukup.

Mereka lebih tertarik untuk belajar cara membuat iklan yang hebat atau teknik closing yang berkesan ataupun power.

Masalahnya, jika kita tidak menguasai 3M ini, kita tidak akan dapat menghasilkan iklan atau closing yang benar-benar berkesan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.